Selasa, 29 Maret 2011

hukum Qishas

PostFirman Allah SWT yang bermaksud:

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh kerana itu janganlah kamu mencabulinya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Al-Baqarah:229)

Perlu difahami terlebih dahulu bahawa hukum Allah atau perundangan Islam itu terbahagi kepada tiga cabang, cabang di dalam undang-undang jenayah Islam iaitu :

1- QISAS : Dalam kesalahan yang berkaitan dengan hak sesama manusia berhubung dengan penyeksaan seperti membunuh dan mencederakan.
2- HUDUD : Dalam perkara yg berhubung dengan hak Alah atau berhimpunnya hak Allah dan manusia iaitu kesalahan yang berhubung dengan keperluan memelihara agama, nyawa, akal, maruah, keturunan dan keperluan menjaga harta.
3- TA’ZIR: Dalam perkara yg tidak ada nas daripada Al-Qur’an dan hadis, dimana urusannya terserah kepada pemerintah atau kebijaksanaan mahkamah dengan kaedah-kaedah dan dasar-dasar yang ditetapkan oleh Islam.

Kesalahan jenayah tidak boleh terkeluar dari ketiga cabang ini.

Oleh kerana pertanyaan hanya menyangkut pada hukum Qisas.. ana cuba berkongsi secara ringkas serba sedikit apa itu qisas.. moga kita sama2 beroleh manfaat, insyaAllah.

HUKUM QISAS
Pengertian dari segi bahasa memberi maksud memotong. Dan dari segi syarak bererti hukuman yang ditetapkan oleh syarak melalui nas-nas al-Qur’an dan Hadis-hadis Nabi SAW kerana kesalahan-kesalahan yang melibatkan hak individu.

a) Jenis Jenayah Qisas
Kesalahan-kesalahan yang mewajibkan hukuman qisas ialah membunuh dengan sengaja dan mencederakan anggota tubuh badan seperti mencederakan mata, hidung dan telinga.

a) Hukuman terhadap kesalahan qisas
Mengikut hukum qisas seseorang penjenayah mesti diikuti dengan hukuman yang sama sepertimana ia lakukan ke atas mangsanya. Kalau ia membunuh maka ia mencederakan orang lain maka hukumannya dicederakan balas.
bicara muslim.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar