Jumat, 25 Maret 2011

Tumbuhan Beracun


Seringkali juga kita terbaca di akhbar-akhbar tentang berita orang termakan tumbuhan beracun. Sungguhpun tumbuhan tersebut biasa ditemui dan di tanam disekitar rumah tetapi ianya menjadi beracun kerana tidak dibersih atau dimasak dengan betul. Definisi yang telah diberi oleh Paracelsus tidak memerlukan pengiktirafan namun ianya diterima sehingga ke hari ini. Kenyataan tersebut juga tidak dinafikan oleh ahli-ahli botani semasa mereka membicarakan tentang tumbuhan beracun. Sebenarnya apa yang dikatakan beracun itu adalah sesuatu yang relatif. Kadangkala racun boleh menjadi penawar. Ianya bergantung bagaimana ianya disesuaikan dan diolah. Dalam sains moden racun dijelaskan sebagai satu bahan kimia (toxic) apabila terkena atau termakan oleh manusia atau haiwan akan mengakibatkan sakit atau kematian. Namun begitu tahap keracunan yang terdapat pada tumbuhan misalnya adakala ia hanya mudarat kepada manusia tetapi tidak pada haiwan atau kedua-duanya sekali. Seperti tumbuhan Taxus baccata L. (Common or English Yew) yang mempunyai biji beracun dan boleh menyebabkan kematian kepada manusia jika dimakan tetapi ianya merupakan makanan kegemaran burung (Stary, 1983).

Bagi masyarakat primitif, tumbuhan selain digunakan sebagai makanan ianya juga diguna sebagai bahan ubatan. Mereka membuat penelitian melalui binatang. Jika binatang yang memakan tumbuhan tersebut tidak sakit atau mati mereka menganggap tumbuhan tersebut selamat untuk dimakan. Dalam pengubatan pula cara yang selalu digunakan oleh mereka ialah secara "trial and error". Jika tumbuhan yang digunakan sebagai bahan ubatan itu boleh menyembuhkan sesuatu penyakit ianya akan dijadikan amalan mereka dan akan disampaikan kepada generasi yang berikutnya. Begitu juga sebaliknya.

Apakah tumbuhan beracun?

Terdapat lebih dari 300,000 spesis tumbuhan yang terdapat dimuka bumi ini. Dari rekod yang diperolehi lebih dari 700 spesis tersebut telah dikenal pasti beracun. Sebenarnya banyak tumbuhan yang belum dapat dikenalpasti sama ada ia beracun atau tidak (Kingsley , 1967).

Secara umumnya kesan tumbuhan beracun terhadap kehidupan bolehlah meliputi dua aspek.

1. Menyebabkan sakit sahaja seperti muntah, gatal, sakit perut dan sebagainya.

2. Menyebabkan kematian.

Ahli-ahli botani telah memberi beberapa kaedah untuk mengklasifikasikan tentang tumbuhan beracun.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Tumbuhan itu dikelaskan mengikut kumpulan famili.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Mengikut jenis toksin yang terdapat pada tumbuhan tersebut seperti alkaloid, glikosid dan sebagainya.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Tindakbalas toksin seperti gatal pada kulit, muntah, kematian dan sebagainya.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Bahagian mana tumbuhan itu mempunyai racun seperti pada bahagian batang, daun, bunga dan sebagainya.

Mengelaskan tumbuhan beracun dalam kelompok famili adalah yang sering dilakukan oleh ahli-ahli botani dalam kajian mereka terhadap tumbuhan beracun itu. Ini adalah kerana supaya tidak berlaku tindan lapis dalam mengkategorikan tumbuhan tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam no. 4 di atas, racun yang terdapat pada tumbuhan itu berkait dengan beberapa keadaan. Ada tumbuhan yang mempunyai racun pada seluruh bahagiannya seperti pada batang, daun, bunga, akar dan buah. Contohnya Datura metel (Kecubung). Ada yang hanya beracun pada bahagian tertentu sahaja seperti hanya pada daun atau buahnya.

Kadangkala tumbuhan itu beracun hanya pada masa ia berbunga sahaja. Pada masa lain racunnya tidak memberi kesan kepada kehidupan seperti yang terdapat pada spesis Ranunculus. Selain dari itu keadaan tanah-tanih yang mempunyai bahan galian juga merupakan faktor yang mempengaruhi tahap keracunan pada tumbuhan itu. Contohnya Lantana camara(Lantana) yang terdapat di Australia akan berubah tahap keracunannya apabila tanahnya di tukar. Kandungan selenium atau nitrat yang terdapat pada tanah itu akan menghasilkan kadar toksid yang berbeza pada tumbuhan tersebut.

Bukan sahaja tumbuhan yang terdapat dalam hutan sahaja yang telah dikenalpasti sebagai beracun tetapi kadangkala tanpa disedari/ketahui ada pokok yang ditanam sekitar rumah juga mempunyai racun. Ini adalah kerana bagi orang yang tidak begitu arif mengenai tumbuhan tidak akan tahu sama ada bunga atau pokok perhiasan yang terdapat disekitar kawasan rumahnya ada yang beracun. Contohnya seperti pokok Christmas rose.

Beberapa cara untuk mengelak tumbuhan beracun

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Ketahui jenis-jenis tumbuhan beracun yang terdapat di sekitar rumah atau kawasan. Kenali tumbuhan tersebut melalui nama dan rupa bentuknya.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Jangan makan tumbuh-tumbuhan liar termasuk dari jenis cendawan yang masih belum dikenalpasti.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Jauhkan tumbuhan yang dikenali sebagai beracun dari kanak-kanak.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Ajar anak-anak supaya tidak bermain dengan tumbuh-tumbuhan yang telah dikenalpasti beracun.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Ketahui jenis tumbuhan sebelum memakan buah atau daunnya.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Membakar buah dari tumbuhan beracun tidak akan menghilangkan toksid kerana toksid hanya akan larut dalam air.

Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan sebagainya.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah bagi mengeluarkan racun.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan mangsa.

http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/Bullet1.gif Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital.

Rawatan awal adalah penting bagi menyelamatkan mangsa. Punca sebenar hendaklah dikenalpasti bagi mendapatkan penawar yang sesuai. Jika keterangan yang diberikan tidak tepat kemungkinan mangsa akan mengalami sakit yang lebih serius yang akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian. Ada racun yang bertindakbalas dengan pantas dan ada yang sebaliknya terhadap tubuh manusia. Ini bergantung kepada kadar toksid yang terdapat pada tumbuhan tersebut.

Beberapa jenis tumbuhan beracun

Candelabra Cactus (Euphorbia lactea)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai banyak duri atau, apabila ditoreh mempunyai banyak susu getah, bercabang dan mempunyai jalur putih di bahagian tengah pada setiap batang .

Bahagian beracun:

Daun, batang dan getah susu.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan menyebabkan kerangsangan, sakit perut, muntah, cirit-birit, rasa terbakar pada mulut, tekak dan lidah.

Castor Bean (Ricinus communis)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai ketinggian sehingga 5 meter dan berdaun lebar berbintik hitam,coklat dan putih berkilat. Buahnya berduri.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian terutama pada bijinya.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan menyebabkan muntah dan cirit-birit.

Chinaberry Tree (Melia azedarach)

Keterangan tentang pokok:

Setiap dahannya mempunyai lembar daun, mempunyai batang yang besar dan bunganya yang berkedut berwarna ungu dan kuning dalam beberapa jambak.

Bahagian beracun:

Kulit kayu, buah, bunga dan daun.

Kesan keracunan:

Memberi kesan pada perut seperti muntah dan cirit-birit. Susah bernafas dan pernafasan tidak teratur.

Dumbcane (Dieffenbachia picta)

Keterangan tentang pokok:

Ketinggian boleh mencapai sehingga 2 meter. Berdaun lebar dan mempunyai bintik-bintik putih.

Bahagian beracun:

Semua bahagian terutama pada batang dan tangkai.

Kesan keracunan:

Akan mengakibatkan bengkak yang mempunyai lendir pada bahagian mulut dan tekak, rasa loya, muntah, cirit-birit dan boleh hilang suara.

Fox Glove (Digitalis purpurea)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai bunga yang berwarna ungu atau merah jambu berbentuk seperti loceng.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian

Kesan keracunan:

Akan menyebabkan rasa loya, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen dan kejang.

Tree Tobacco (Nicotiana glauca)

Keterangan tentang pokok:

Pokok yang rendah, berdaun tebal dan bergetah. Bunganya berbentuk tiub berwarna kuning dan tumbuh berjambak pada hujung dahan.

Bahagian beracun:

Semua bahagian

Kesan keracunan:

Menyebabkan rasa terbakar pada mulut dan usus, cirit-birit, muntah, sakit perut, rasa seram sejuk, rasa mengantuk, pening, sawan dan lumpuh.

Poison Ivy (Toxicodendron species)

Keterangan tentang pokok:

Jenis pokok yang kecil berdaun bujur. Bunganya kehijau-hijauan tumbuh sekelompok pada pangkal daun. Buahnya berwarna putih.

Bahagian beracun:

Daun, batang, tangkai, debunga, bunga dan buah.

Kesan keracunan:

Menyebabkan rasa gatal, terbakar kemerahan dan sakit kulit.

Water Hemlock (Cicuta douglasii)

Keterangan tentang pokok:

Mempunyai batang yang berlubang di bahagian dalamnya. Berbunga kecil berwarna putih tumbuh dalam satu kelompok. Buahnya kering seperti kapsul.

Bahagian beracun:

Seluruh bahagian terutama pada akarnya.

Kesan keracunan:

Jika termakan akan mengakibatkan mulut berbuih, sakit perut, muntah, cirit-birit dan lumpuh.wikipedia.com


Tidak ada komentar:

Posting Komentar